ASUS ZenFone 6 Dikatakan Mempunyai Dwi-Kamera 'Flip-Up'

Bermula dari awal tahun hinggalah sekarang, pasaran telefon pintar sudah dihidangkan dengan pelbagai teknologi serta rekaan menarik. Asus juga dilihat tidak ketinggalan dalam persaingan ini dimana, imej dipercayai model ZenFone 6 telah dikongsikan dimedia sosial.

Berdasarkan ciapan Roland Quandt, model utama dari Asus kali ini bakal dilengkapi dengan sistem kamera 'flip-up'. Jika diperhatikan pada imej, dwi-kamera tersebut bakal mempunyai dua fungsi iaitu rakaman belakang dan juga hadapan.

Melalui mekanisme kamera tersebut, ia membolehkan skrin paparan penuh tanpa takuk serta berbezel nipis dapat diberikan pada peranti ini. Panel belakang kelihatan melengkung pada sisi dan pengimbas cap jari terletak dibawah dwi-kamera.



Berdasarkan ura-ura sebelum ini, ZenFone 6 mungkin membawakan spesifikasi seperti Snapdragon 855, dilindungi dengan Gorilla Glass 6, paparan AMOLED, bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 4+. Buat masa sekarang, spesifikasi yang disebutkan ini hanyalah khabar angin dan untuk maklumat rasmi, kita perlu tunggu acara pelancarannya terlebih dahulu.

Sumber: Roland Quandt