ASUS ZenFone 5Z Mula Terima Android 10

Sewaktu diperkenalkan dahulu, ASUS ZenFone 5Z pernah digelar sebagai flagship killer oleh kerana harga dan spesifikasi baik yang ditawarkan. Walaupun sudah tidak lagi menjadi sebutan ramai, pengeluar peranti tidak lupa menyediakan kemaskini android 10 kepada ASUS ZenFone 5Z.

Memulakan ujian beta untuk Android 10 sejak Mei yang lepas,  kini sudah tiba masanya kemaskini stabil dilepaskan kepada pengguna global.


Selain menaik taraf sistem kepada Android 10, ia turut mengandungi pelbagai penambahbaikan dari segi rekaan antaramuka dan ciri.

Penawaran dibuat secara berperingkat dan anda boleh lihat bahagian System Updates bagi menyemak kemaskini.