ASUS Zenfone 5Z 256GB Boleh Didapati Pada Harga RM500 Lebih Murah Sehingga Esok

ASUS Zenfone 5Z yang dilancarkan pada Julai tahun lalu dijual pada harga RM1,899(6GB/128GB) dan RM2,299(8GB/256GB).

Akan tetapi, anda boleh mendapatkannya pada harga yang jauh lebih murah iaitu masing-masing RM1,499(6GB) dan RM1,799(8GB).

Tawaran istimewa itu dibuat oleh pengedar sah ASUS, Thunder Match Technology bermula hari ini(16 Feb) sehingga esok(17 Feb) bertempat di LG2, Central Avenue, Sunway Pyramid.



Ia diadakan bersempena dengan kejohanan ROG X Free Fire "All Stars Brawl" yang sedang berlangsung ketika ini.

ASUS Zenfone 5Z hadir dengan cip Snapdragon 845, paparan skrin 6.2 FHD+, bateri berkapasiti 3,300mAh serta sistem dwi-kamera utama 12MP+8MP.

Anda yang berminat turut boleh mendapatkan peranti ini dengan harga yang sama menerusi gedung atas talian Lazada.

 

Sumber: ASUS ROG