Asus ZenBook S13 - Bezel Paparan Ternipis Di Dunia

Siri ZenBook dari Asus sememangnya terkenal sebagai komputer riba yang memilki rekaan nipis dan ringan. Kini keluarga ZenBook sudah menerima ahli baru dikenali sebagai Asus Zenbook S13.



Asus menyatakan ia adalah komputer dengan bezel paparan paling nipis didunia dengan nisbah skrin-ke-badan pada nilai 97%. Skrin paparan adalah dari jenis IPS FHD berukuran 13.9 inci.



Walaupun dibangunkan dengan fizikal yang nipis, ZenBook S13 dimuatkan dengan pemproses generasi ke-8 Intel Core i7 bersama-sama pemproses grafik GeForce MX 150. Bahagian simpanan pula menggunakan SSD berkapasiti 1TB sementara memori RAM adalah 16GB.



Spesifikasi penuh seperti dibawah:

  • Pemproses generasi ke-8  Intel Core i7-8565Ui5-8265U

  • Paparan 13.9 inci IPS FHD (1920 x 1080)

  • Kad grafik NVIDIA GeForce MX 150

  • RAM 16GB LPDDR3 2133MHz

  • SSD PCIe 1TB

  • 802.11ac, Bluetooth 5.0

  • Sambungan:

    • 2 x USB 3.1 type C(10Gbps)

    • 1 x USB 3.1 (10Gbps)

    • 1 x slot MikroSD

    • 1 x Audio combo jack



  • Audio: 2 x speaker stereo berkualiti tinggi dengan teknologi ASUS SonicMaster Premium dan pensijilan dari Harmon Kardon

  • Bateri berkapasiti 50Wh

  • Berat 1.1kg


https://www.youtube.com/watch?v=HthJBgeaDDE