ASUS ZenBook 13 Dan 14 Dijual Di Malaysia Bermula RM3,999 - Ultrabook Nipis, Kompak, Dan Ringan

ASUS Malaysia hari ini mengumumkan 2 buah model komputer riba nipis dan ringan untuk pasaran tempatan iaitu ZenBook 13 dan ZenBook 14.

https://youtu.be/BOnqU0jpZkI

Secara keseluruhan, kedua-dua model hanya dibezakan melalui dimensi, berat serta pilihan warna manakala spesifikasi antaranya hanyalah sama sahaja.

ZenBook 13 dilengkapi dengan paparan berukuran 13.3 inci manakala ZenBook 14 pula 14 inci. Kedua-duanya dimuatkan dengan resolusi Full HD berpanelkan LED.



Dari segi cip pemprosesan, terdapat 2 varian yang ditawarkan iaitu Intel i5-1035G1 dan i7-1065G7 yang lebih berkuasa. Bahagian grafik pula diurus oleh Intel Iris Plus Graphics.

RAM yang dibekalkan adalah 8GB 3200MHz serta storan 512GB M.2 NVMe PCIe SSD.

Untuk I/O, terdapat 2x USB-C, 1x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1x HDMI 2.0, dan 1x pembaca kad MicroSD.



Pembesar suara dengan Harman Kardon disertakan manakala bateri pula berkapasiti 67Wh yang menawarkan ketahanan sehingga 22 jam lamanya.

Pengguna juga boleh mengecas menggunakan lubang USB-C dengan kuasa 65W pada komputer riba tersebut.



Dengan tema nipis dan ringan, ZenBook 13 mempunyai berat sekitar 1.07kg manakala ZenBook 14 pula pada 1.13kg. Kedua-duanya agak nipis dengan profil 13.9mm.

Untuk pilihan warna, ASUS menawarkan pilihan warna Pine Grey untuk ZenBook 13 dan Pine Grey serta Lila Mist untuk ZenBook 14.

Untuk harga jualan, anda boleh lihat senarai di bawah ini:

ZenBook 13 (UX325)

  • RM3,999 (i5-1035G1)

  • RM4,699 (i7-1065G7)


ZenBook 14 (UX425)

  • RM3,999 (i5-1035G1)

  • RM4,699 (i7-1065G7)


Berita baiknya anda boleh mendapatkan potongan sebanyak RM100 menggunakan kod baucar "ASUSZB100" di Shopee. Terhad untuk 20 pembeli pertama sahaja.

Promosi ini terhad hanya bermula hari ini sehingga 12 Ogos. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi ASUS ataupun kedai jualan di Shopee.

 

Berkaitan