ASUS VivoBook S, Untuk Mereka Yang Mahukan Warna-Warni Dalam Kehidupan

Pada acara pelancaran ZenBook Pro semalam, pihak Asus juga memperkenalkan komputer riba siri VivoBook mereka yang dipanggil Asus VivoBook S 15. Untuk VivoBook kali ini, Asus menggunakan cip pemprosesan Intel generasi ke-8, Intel® Core™ i7-8550U (1.8GHz boost ke 4.0GHz) dan Intel® Core™ i5-8250U (1.6GHz boost ke 3.4GHz).

Untuk cip grafik, NVIDIA® GeForce® MX150 (2GB GDDR5 VRAM) melengkapi VivoBook S ini. Panel paparan pula dari jenis LED-backlit dengan resolusi FHD (1920 x 1080) yang berukuran 15.6-inci.

VivoBook S menggunakan memori RAM DDR4 berkapasiti 4GB manakala ruang storan pula mengandungi 2 bahagian, 128GB atau 256GB SATA SSD dan 1TB HDD.



 

Faktor menarik untuk VivoBook S ini adalah pilihan warna yang ditawarkan untuk pengguna. Pengguna boleh memilih 4 pilihan warna; Icicle Gold, Gun Metal, Star Grey dan Firmament Green.



Pengalaman menaip di atas VivoBook S ini juga dipertingkatkan dengan ErgoLift kerana apabila komputer riba ini dibuka, papan kekunci akan dinaikkan sebanyak 3.5° disebabkan rekaan hinge VivoBook S membuatkan kerja-kerja menaip menjadi lebih selesa dan ruang pengudaran untuk komputer riba menjadi baik.



Harga yang ditawarkan untuk Asus VivoBook S 15 ini bermula dari RM 2,899 mengikut variasi.