ASUS Umum Model Terbaru TUF Gaming A15 Dan A17 Dengan Cip Pemproses AMD Ryzen

ASUS hari ini dengan rasminya telah mengumumkan barisan komputer riba gaming mereka, TUF A15 dan A17 di CES 2020.

TUF Gaming A15 dan A17 didatangkan dengan skrin paparan IPS FHD (1920 x 1080). Komputer riba ini menampilkan pemproses AMD Ryzen untuk kedua-dua peranti ini. Ia juga hadir dengan dua warna iaitu Fortness Gray dan Bonfire Black. Tetapan memori adalah 32GB 3200MHz DDR4 dan ruang storan adalah M.2 NVMe PCIe SSD ditingkatkan sehingga 1TB.



Laptop terbaru ini berkongsi spesifikasi dalaman yang sama dan hanya berbeza dibeberapa bahagian seperti saiz ukuran paparan. 15.6 inci untuk A15 dan 17.3 inci bagi model A17.

Perbezaan lain adalah kad grafik yang digunakan peranti, yang mana bagi model A15 adalah NVIDIA GeForce RTX™ 2060 manakala bagi model A17 adalah NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti. Selain itu, kadar penyegaran untuk paparan 15.6 inci pada kadar 144Hz dan bagi 17.3 inci pada kadar 120Hz.



Lain-lain spesifikasi boleh diteliti dibawah :

  • Cip pemproses AMD Ryzen™ 4000

  • Sistem operasi Windows 10

  • Paparan FHD

  • RAM 6G GDDR6

  • Storan SSD M.2 NVMe PCIe sehingga 1TB

  • WiFi 5/ Bluetooth V5.0

  • Port sambungan :



  1. 2 x USB 3.1 Gen 1,

  2. 1 x USB 2.0,

  3. 1 x HDMI 2.0b,

  4. 1 x port RJ 45LAN


https://www.youtube.com/watch?v=kwlOAeFLKH0

https://www.youtube.com/watch?v=8jJUPri7rqI