Asus Umum Harga Runtuh Untuk Zenfone 4 Max Pro

Asus Malaysia telah membuat satu pengumuman berkenaan penurunan harga bagi model  ZenFone 4 Max Pro (ZC554KL). Peranti ini kini boleh didapati dengan harga cuma RM 699 sahaja berbanding harga asal RM 899.



 

ZenFone 4 Max Pro (ZC554KL) merupakan sebuah peranti yang direka khas bagi menemani pemiliknya untuk tempoh yang panjang kerana dikuasakan oleh bateri sebesar 5000 mAh. Turut disokong dengan teknologi kuasa PowerMaster, telefon ini  mampu bertahan yang mengagumkan selama 46 hari dalam mod standby dengan sambungan 4G yang aktif.



Untuk pengetahuan pembaca, peranti ini dilengkapi dengan dwi-kamera utama dan kamera hadapan 16 megapiksel dan kemampuan untuk merakam video dengan definisi tinggi 1080 pada 30fps. Manakala bagi paparan skrin pula,  ZenFone 4 Max Pro mempunyai skrin seluas 5.5 inci.

 

Bagi mengetahui lebih lanjut berkenaan peranti ini, anda boleh mengunjungi ejen jualan rasmi Asus yang berhampiran atau klik di sini.

 

Berkaitan