Asus Umum Dua Variasi Laptop TUF Gaming, FX505DY Dan FX705DY

Hari ini, Asus telah mengumumkan dua laptop dalam siri TUG Gaming iaitu FX505DY dan FX705DY. Buat julung kalinya Asus menampilkan pemproses AMD Ryzen 5 3550H untuk kedua-dua peranti ini dan digandingkan bersama Radeon RX 560X untuk menawarkan prestasi bagi permainan serta urusan kerja.



Laptop-laptop terbaru ini berkongsi spesifikasi dalaman yang sama dan hanya berbeza dibeberapa bahagian seperti saiz ukuran paparan iaitu 15.6 inci untuk FX505DY sementara 17.3 inci bagi model FX705DY.

Perbezaan lain adalah ukuran dimensi produk dan berat yang mana FX505DY seberat 2.2kg, manakala FX705DY seberat 2.6kg. Selain itu, kadar penyegaran untuk paparan 15.6 inci pada kadar 120Hz dan bagi 17.3 inci pada kadar 60Hz.

Model kecil dijana dengan bateri 48Wh dan sebuah lagi dibekalkan denagn bateri berkapasiti 64Wh.



Lain-lain spesifikasi boleh diteliti dibawah;

  • Cip pemproses AMD Ryzen 5 3550H

  • Sistem operasi Windows 10

  • Paparan FHD NanoEdge

  • Grafik dari Radeon RX 560X

  • RAM DDR4 2400MHz sehingga 32GB

  • Storan SSD sehingga 512GB/SSHD FireCuda sehingga 1TB

  • WiFi 5/Bluetooth 4.2

  • Port sambungan:

    • 2 x USB 3.1 Gen 1,

    • 1 x USB 2.0,

    • 1 x HDMI 2.0,

    • 1 x port RJ 45

    • 1 x port bicu untuk fon kepala dan mikrofon



  • Papan kekunci berwarna merah bagi versi Red Matter atau RGB untuk model Gold Steel.


https://www.youtube.com/watch?v=PvCJbLlWuP8