ASUS Umum Desktop Gaming ROG Strix GA15 Dan GT15 Mampu Milik

ASUS telah mengumumkan model baru desktop permainan ROG Strix iaitu GA15 dan GT15 dalam pakej mudah alih untuk memenuhi prestasi E-Sukan. Desktop permainan baru Strix yang lebih ringan ini dilancarkan di CES 2020, dengan cip pemprosesan generasi terkini yang lebih berkuasa.

Dengan berat hanya 10kg, ia mempunyai sistem penyejukan yang cekap  untuk memberikan pengalaman permainan yang lebih baik.

Strix GA15 dan GT15




Terdapat 5 port USB-A dan 1 port USB-C. Selain itu, terdapat juga port HDMI yang menyokong sehingga 4K pada 60Hz.

Permainan dan penstriman luar biasa




Strix GA15 dan GT15 boleh didapati dengan kad grafik yang berkuasa sehingga GeForce RTX 2070 SUPER.

Pengekod video baru juga meningkatkan keupayaan GA15 dan GT15 untuk strim dan bermain secara serentak, menyampaikan kualiti video yang tinggi dengan kesan prestasi yang minima.

Dikenali sebagai NVENC, perkakasan khusus ini dioptimumkan untuk bekerja dengan program rakaman video seperti Open Broadcaster Software (OBS).

Penguasaan pelbagai tugas


Strix GT15

GA15 dan GT15 menggunakan CPU terbaru AMD Ryzen Generasi ke-3 dan cip pemprosesan akan datang iaitu Intel Core Generasi ke-10.

Strix GA15 boleh didapati dengan CPU AMD Ryzen 7 3800X yang mempunyai 8 teras dan 16 bebenang kuasa. Konfigurasi 32GB RAM dengan prestasi tinggi DDR4-3200MHz, memastikan ia dapat memberi respon walaupun di bawah beban yang berat.

Pilihan storan termasuk SSD M.2 NVM Ekspress sehingga 1TB. Untuk simpanan permainan yang lebih besar, sistem ini boleh didapati dengan 2 TB storan mekanikal. Pengguna boleh muat turun teknologi AMD StoreMI untuk mempercepat konfigurasi dwi-pemacu.

Prestasi penyejukan


ROG Strix GA15

Komponen dipisahkan untuk membantu mengurangkan gangguan haba. CPU, GPU dan motherboard diletakkan di ruang utama, sementara ruang penyimpanan dan bekalan kuasa berada di bawah zon penyejukan yang berbeza. Rekaan dua ruang ini memudahkan untuk menyejukkan komponen paling panas. Ia juga membantu menghasilkan tahap bunyi senyap di bawah 35 dB.

Buat masa ini, harga belum didedahkan lagi. Namun ia mungkin akan diumumkan apabila sudah mula dijual kelak.