Ikuti kami di media sosial

Berita

Asus Tawarkan Pelbagai Produk Menarik Sempena Festival 11.11, ROG Phone Turut Tersenarai

Haikel Areff

Ditulis

pada

Festival 11.11 atau “Double 11” merupakan satu festival beli belah atas talian terbesar yang diadakan saban tahun. Festival ini menjadi satu peluang untuk mereka yang gemar mendapatkan barangan yang diidamkan dengan harga yang lebih murah.

Sehubungan itu, Asus turut menawarkan peluang kepada peminat mereka untuk memiliki barangan idaman dengan pengurangan harga pada kali ini. Pelbagai produk menarik ditawarkan antaranya ialah telefon menfokuskan permainan mudah alih mereka, ROG Phone.

Ia ditawarkan pada harga RM6,999 bagi set penuh beserta semua aksesori ROG Phone termasuk GameVice, ROG Suitcase dan Asus Professional Dock. Harga asal bagi bagi set berkenaan adalah RM 7,942.

Selain itu, Asus turut memberi pengurangan harga pada produk-produk mereka yang lain seperti laptop ROG, VivoBook serta bank kuasa ZenPower Pro.

Senarai penuh produk yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Tawaran Istimewa (12 am – 2 am, 11 Nov)

  • ROG Phone Limited Edition – RM 6,999 (harga asal – RM 7,942)
  • ROG Zephyrus M(GM501G) – RM 7,777 (RM 8,799)
  • ROG Strix Scar Edition GL703G – RM 4,699 (RM 4,999)
  • ASUS VivoBook S430 – RM 2,949 (RM 3,199)
  • ASUS VivoBook A411U – RM 2,259 (RM 2,499)
  • ZenFone Max Pro M1 – 6GB + 64GB – RM 849 (RM 899)
  • ASUS Powerbank Pro 10500mAH – RM 59 (RM 199)

Tawaran Biasa (1 hari)

  • ZenFone Max Pro M1 – 3GB + 32GB – RM 499 (RM 699)
  • ZenFone Max Pro M1 – 4GB + 64GB – RM 699 (RM 849)
  • ZenFone 5z – 6GB + 128GB – RM 1,599 (RM 1,899)
  • ZenFone 5z – 8GB + 256GB – RM 1,999 (RM 2,299)
  • ASUS VivoBook Max X441N – RM 979 (RM 999)
  • ASUS TUF FX505G-MES182T – RM 5,299 (RM 5,559)
  • ASUS TUF FX505G-EBQ242T – RM 4,429 (RM 4,699)

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, anda boleh layari laman rasmi Asus Malaysia di Lazada.

 

Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Berita

LG Umum Model Baharu K61, K51S, Dan K41S – Kesemua Skrin Bersaiz 6.5 Inci Dan Bateri 4000mAh

Avatar

Ditulis

pada

Siri K dalam keluarga LG merupakan peranti kelas pertengahan. Berbanding dengan kelas flagship seperti siri G dan juga V, harganya lebih berpatutan dengan spesifikasi lebih rendah. Hari ini jenama tersebut mengumumkan 3 model baharu iaitu K61, K51S, dan K41S.

Kesemua model tersebut menggunakan skrin bersaiz 6.5 inci, sokongan ketahanan MIL-STD 810G, dan juga bateri berkapasiti 4,000mAh. Model yang paling premium adalah K61 diikuti oleh K51S, dan K41S.

LG K61

Peranti ini dikuasakan oleh cip 8 teras 2.3GHz yang tidak dinyatakan. Skrinnya mempunyai nisbah 19.5:9 FHD+ dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB/128GB.  Untuk kamera ia mempunyai 4 lensa – 48MP utama + 8MP sudut lebar + 2MP makro + 5MP depth.  Manakala kamera swafoto pula adalah 16MP.

LG K51S

Peranti ini mempunyai resolusi lebih rendah pada HD+ yang sedikit memanjang dengan nisbah 20:9. Untuk memori ia menggunakan 3GB/32GB. Kamera pula 4 lensa – 13MP utama + 5MP sudut lebar + 2MP makro + 2MP depth. Swafoto pula adalah 8MP. Cip yang digunakan pula adalah sama dengan LG K61 iaitu 8 teras 2.3GHz.

LG K41S

LG K41S merupakan model spesifikasi paling rendah dengan cip 8 teras 2.0GHz. Ia menggunakan 3GB RAM dan juga storan dalaman 32GB. Untuk kamera, terdapat 4 lensa iaitu 13MP utama + 5MP sudut lebar + 2MP makro + 2MP depth. Swafoto pula adalah 8MP. Paparan peranti adalah sama dengan LG K51S yang menggunakan nisbah 20:9 dengan resolusi HD+.

Kesemua peranti menggunakan sambungan USB Type-C, Bluetooth 5.0, NFC dan juga didatangkan dengan pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

LG akan mula memasarkan model-model ini pada suku kedua 2020 bermula dengan A.S. Pasaran seterusnya pula adalah di negara Eropah dan Asia. Untuk harga, ia tidak dinyatakan buat masa ini.

Sumber: LG

Teruskan Bacaan

Berita

OnePlus 8 Pro Akan Hadir Dengan Sokongan Kalis Air IP68

Amalina Athman

Ditulis

pada

Siri OnePlus 8 dilaporkan mungkin akan mempunyai sokongan kalis air dan habuk IP68. Sebelum ini, telefon pintar OnePlus tidak menawarkan penarafan IP kerana ia akan meningkatkan kos keseluruhan bagi telefon pintar dan mendakwa peranti tersebut menyokong kalis air dalam beberapa darjah.

Oleh itu, ia mungkin satu berita baik bagi pengguna OnePlus jika siri terbaru tersebut akan tiba dengan pensijilan rasmi IP. Namun, ia masih belum disahkan oleh syarikat tersebut buat masa ini.

OnePlus 8 Kalis Air IP68

Dalam satu ciapan di Twitter, Max.J berkongsi imej telefon pintar OnePlus dengan perkataan “Water”. Pada masa ini, ia juga masih belum diketahui jika hanya model OnePlus 8 Pro yang akan menerima sokongan ini, bagi mengurangkan impak keuntungan, atau jika ia akan menjadi fungsi biasa bagi semua siri OnePlus 8 ini.

Walaupun syarikat itu dengan jelas melihat tiada keperluan untuk menyokong penarafan IP dalam telefon pintar keluarannya, namun ia adalah sesuatu yang bernilai bagi meningkatkan ciri-ciri telefon pintar dan menjadikannya lebih baik untuk bersaing dengan telefon pintar flagship jenama lain.

Terdahulu, OnePlus dikatakan mempunyai saiz 6.5 inci dari jenis Super AMOLED dan kadar penyegaran 120Hz.

Sumber: GizmoChina

Teruskan Bacaan

Berita

UUM, UTeM Dan UPM Akan Guna e-Dompet KipleUNI

Syifa' Syakinah

Ditulis

pada

kiplepay

Bank Islam Malaysia Bhd telah bekerjasama dengan KiplePay Sdn Bhd bagi memperluaskan perkhidmatan e-dompet KipleUNI kepada tiga universiti awam. KipleUNI adalah program kerjasama utama disediakan untuk memacu teknologi kewangan melalui urus niaga digital dan tanpa tunai.

Perkhidmatan tersebut kini boleh didapati di Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan 70% daripada jumlah pelajar menggunakan perkhidmatan itu. Ia juga akan diikuti oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTeM) dan Univsersiti Putra Malaysia (UPM).

Pada Julai tahun lepas, Bank Islam dan KiplePay menandatagani Memorandum Persefahaman untuk menyediakan perkhidmatan dompet elektronik (e-dompet).

Perkhidmatan ini tidak terhad kepada pelajar dan kakitangan universiti. Malahan, ia juga boleh digunakan oleh peniaga Bank Islam dan mendapat manfaat daripada kerjasama ini. KiplePay menggalakkan pertumbuhan perniagaan dalam platform di dalam dan luar talian.

Selain itu, lebih banyak ciri-ciri menarik disediakan untuk universiti melalui penyelesaian pembayaran digital disatukan, termasuk Kenali Pelanggan Anda elektronik (e-KYC) yang mendigitalkan kad pengenalan pelajar, e-kehadiran dan banyak perkhidmatan universiti lain yang terdapat dalam ekosistem itu.

Sumber : Bernama

Teruskan Bacaan

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular