ASUS Tawar ASUS Perfect Warranty - Pelanggan Hanya Tanggung 20% Bayaran Daripada Kerosakan

ASUS Perfect Warranty adalah perkhidmatan perlindungan tambahan untuk komputer riba pelanggan yang mengalami kerosakan yang tidak dilindungi bawah jaminan pengeluar ASUS.

Pelanggan yang mendapatkan komputer riba ASUS yang telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2019 dan 2020, automatik layak untuk mendapatkan ASUS Perfect Warranty tanpa caj tambahan.

Kebiasaan, jika pelanggan membuat pembelian komputer riba permainan, pelanggan akan dapat jaminan global selama 2 tahun. Walau bagaimanapun, jaminan tersebut hanya boleh digunakan untuk kerosakan yang tidak dilakukan oleh pelanggan.

asus

Oleh itu, ASUS menawarkan ASUS Perfect Warranty yang mana pihak ASUS akan menanggung 80% jumlah kos kerosakan dan pelanggan hanya perlu membayar 20% daripadanya sahaja.

Untuk menuntuk ASUS Perfect Warranty, pelanggan perlulah melakukan langkah berikut :

  1. Pelanggan perlu melawat mana-mana Pusat Perkhidmatan ASUS dan membawa komputer riba yang rosak beserta resit atau invois pembelian komputer riba tersebut.

  2. ASUS akan membuat pengesahan pembelian pada tuntutan jaminan yang dikehendaki pelanggan. Jika pembelian tidak dapat disahkan, pelanggan pelu memberikan resit rasmi kepada Pusat Perkhidmatan ASUS sebagi bukti pembelian.

  3. ASUS Perfect Warranty hanya layak kepada komputer riba yang telah dilancarkan bermula 1 Januari 2019 dan 2020. Pusat Perkhidmatan ASUS akan memeriksa data pengaktifan untuk mengesahkan tarikh pembelian.

  4. ASUS Perfect Warranty hanya lah layak bagi pembelian produk di Malaysia dan Brunei sahaja.