Berkaitan dengan perkara itu, Asus telah mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Twitter @asusmobilemy, bahawa kemaskini itu terpaksa ditangguhkan demi memberi masa untuk pihak mereka menyelesaikan beberapa isu berkaitan kemaskini tersebut. Asus juga mensasarkan masalah tersebut dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada bulan Jun ini serta memohon maaf atas perkara ini.
Bagi pemilik dua model peranti ini, anda harus menunggu sehingga bulan Jun sebelum dapat menggunakan Android 8.0 Oreo di peranti anda . Walaubagaimanapun, Asus tidak menolak kemungkinan yang masalah tersebut akan dapat diselesaikan dan kemaskini itu dapat dilancarkan lebih awal.
Kemungkinan besar Android 8.0 ini adalah kemaskini terakhir untuk semua model Asus Zenfone 3 dan anda terpaksa membeli peranti Asus yang lebih terkini untuk menikmati Android P dan mungkin berbaloi untuk menunggu Asus Zenfone 6 yang dijangka keluar pada tahun hadapan.
Sumber
Berkaitan
- Vivo X9 Dan Vivo X9 Plus Bakal Mempamerkan Dwi Kamera Selfie Pada 16 November Ini
- Penggodam Kini Boleh Mengakses Telefon Anda Melalui Muzik
- Permainan The Walking Dead: Our World Akan Akhiri Penantian Peminat
- OPPO Menang Anugerah "One to Watch" Pada TechRadar Mobile Choice Consumer Awards 2018
- Imbasan Cap Jari Dalam Skrin Samsung Galaxy S10 Didakwa Tidak Menyokong Pelindung Skrin
- Apa Yang Mungkin Korang Tak Tahu Tentang Youtube
- Peluang Memenangi Samsung Galaxy Note10+ Menerusi Peraduan #ARDoodlePlus
- Google Datang Dengan Sistem Operasi Google Andromeda
- Huawei P20 Pro Mungkin Bakal Hilang Status Sebagai Telefon Pintar Dengan Kamera Terbaik
- Lenovo Juga Bakal Lancarkan Peranti Boleh Luncur Tidak Lama Lagi