Asus Tangguh Kemaskini Android Oreo Untuk Zenfone 3 Laser dan Zenfone 3 Zoom

Asus pada bulan yang lepas, telah berjanji untuk menyediakan kemaskini terbaru, Android 8.0 Oreo untuk tiga perantinya, Zenfone 3 Deluxe, Zenfone 3 Laser dan Zenfone 3 Zoom selewat-lewatnya pada akhir Mac. Namun selepas   berakhirnya bulan Mac, Asus hanya berjaya menghasilkan Android Oreo untuk model Zenfone 3 Deluxe sahaja manakala Zenfone 3 Laser dan Zenfone 3 Zoom masih lagi  menggunakan Android Noughat.

 

Berkaitan dengan perkara itu, Asus telah mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Twitter @asusmobilemy, bahawa kemaskini itu terpaksa ditangguhkan demi memberi masa untuk pihak mereka menyelesaikan beberapa isu berkaitan kemaskini tersebut. Asus juga mensasarkan masalah tersebut dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada bulan Jun ini serta memohon maaf atas perkara ini.



Bagi pemilik dua model peranti ini, anda harus menunggu sehingga bulan Jun sebelum dapat menggunakan Android 8.0 Oreo di peranti anda . Walaubagaimanapun, Asus tidak menolak kemungkinan yang masalah tersebut  akan dapat diselesaikan dan kemaskini itu dapat dilancarkan lebih awal.

Kemungkinan besar  Android 8.0 ini adalah kemaskini terakhir untuk semua model Asus Zenfone 3 dan anda terpaksa membeli peranti Asus yang lebih terkini untuk menikmati Android P dan mungkin berbaloi untuk menunggu Asus Zenfone 6 yang dijangka keluar pada tahun hadapan.

Sumber