ASUS ROG Strix LC Radeon RX 6800 XT Hadir Dengan AIO 240mm

AMD baru sahaja memperkenalkan kad grafik terbaharu mereka iaitu AMD siri Radeon RX 6000. Kini ASUS sebagai pembangun pihak ketiga telah umum kad grafik AMD baharu mereka.

Barisan kad grafik baharu daripada ASUS ini adalah termasuk dua siri ASUS TUF dan dua siri ROG Strix.



Menariknya, ASUS ROG Strix LC Radeon RX 6800 XT hadir dengan water cooling AIO serta radiator sebesar 240mm.



 

Rekaan ini juga dilengkapi dengan kipas jenis blower dan ia sesuai untuk binaan PC yang kompak. Selain penyejukan yang baik, peminat RGB juga boleh menikmati 2 kipas 120mm pada radiator yang diberikan ASUS.



 

Bagi RX 6800, ia hadir dengan 3 kipas dimana kipas pada bahagian tengah bergerak dengan putaran balas. Lampu RGB juga dilengkapi pada bahagian sisi kad grafik ini.

Selain itu, ASUS juga perkenalkan model TUF buat RX 6800 XT dan RX 6800. Rekaan bagi kedua-dua kad grafik ini adalah hampir sama dengan keluaran AMD.



Nampaknya ASUS kali ini kelihatan lebih serius untuk barisan kad grafik daripada AMD. Buat masa kini, tiada lagi harga rasmi yang diumumkan ASUS serta tidak kelihatan lagi rekaan bagi RX 6900 XT.

Buat anda yang berminat, RX 6800 dan RX 6800 XT akan dilancarkan pada 18 November 2020. Masing-masing dijual pada harga $579 (~RM 2407) dan $649 (~RM2698).

Sementara RX 6900 XT yang merupakan saingan bagi NVIDIA RTX 3090 akan dilancarkan pada 8 disember dengan harga $999 (~RM4152).