ASUS ROG Strix GL702ZC Dibawa Masuk Untuk Pasaran Tempatan

Pertama kali dipertontonkan sebagai prototaip pada tahun lalu, ASUS ROG Strix GL702ZC kini sudah pun berada dipasaran dalam negara.

Komputer riba yang sepatutnya membuat kemunculan pada bulan lepas ini membawakan beberapa spesifikasi menarik bersama-sama dengannya.



Hadir dengan layar paparan berukuran 17.3 inci IPS HD, ia bakal dipacu dengan cip pemprosesan AMD Ryzen 7 1700 serta digandingkan bersama AMD Radeon RX 580 dengan memori grafik GDDR5 sebesar 4GB.

Turut dibekalkan dengan RAM DDR4 8GB, serta ruangan simpanan SSD 256GB dan 1TB cakera keras.

Berat sekitar 3Kg hingga 3.2Kg, ia tampil dengan rekaan bersaiz 415 x 280 x 34 mm dan akan dijual dipasaran Malaysia pada harga RM7099.



Sumber: Lowyat.net