ASUS ROG Phone Mula Ditawarkan Dengan Harga Hampir Mencecah RM 8,000 Di China

Seperti yang kita tahu, Asus telah pun melancarkan peranti menfokuskan permainan mudah alih mereka, ASUS ROG Phone pada beberapa bulan yang lepas. Terpalit dengan populariti komputer riba dengan jenama yang sama, ramai peminat permainan mudah alih seluruh dunia tertunggu-tunggu ketibaan peranti premium ini di negara mereka.

Peminat dari negara China adalah antara yang beruntung apabila baru sahaja menyambut ketibaan peranti ini di negara mereka baru-baru ini. Menariknya, edisi khas E-sports Armor Limited Edition bagi telefon ini ditawarkan pada harga RMB 12,999 atau RM 7,865.

Kredit : Slashgear


Setakat ini, masih belum ada sebarang maklumat lengkap mengenai model istimewa berkenaan namun pemerhati industri berpendapat bahawa ia akan didatangkan bersama pelbagai aksesori istimewa.

Sebagai peringatan, Asus ROG Phone ini hadir dengan sistem cip Snapdragon 845 dengan clockspeed 2.96GHz, sistem penyejukan AeroActive Cooler, tiga pot USB Type-C serta skrin paparan jenis AMOLED dengan refresh rate 90 GHz.

Selain daripada Armor Limited Edition itu, Asus turut menawarkan dua lagi variasi biasa dengan harga 8GB RAM+128GB dengan harga RMB 5,999(~RM 3,230) serta RMB 7,999(~RM 4,840) bagi model 8GB RAM+512GB.

Asus ROG Phone dijangka akan tiba di Malaysia tidak lama lagi berikutan beberapa pengedar atas talian sudah membuka pendaftaran minat bagi peranti ini sejak hujung bulan Julai yang lalu.

 

Sumber