Asus ROG Phone Diramal Terima Android Pie Tidak Lama Lagi

Raja telefon pintar gaming 2018, Asus ROG Phone memasuki Malaysia dengan sistem operasi Android Oreo 8.1 dari dalam kotak.

Perkhabaran terbaru mengenainya, ROG Phone dikatakan bakal dinaik taraf kepada Android Pie. Mengutip laporan daripada Phone Arena, peranti ini menjalankan ujian prestasi menggunakan Android Pie sepertimana yang terlihat di Geekbench.

Sudah berada pada platform ujian itu sejak 8 Januari, kemaskini naik taraf dijangka mengambil masa beberapa minggu lagi sebelum ditawarkan kepada pengguna diluar sana.

Kapsyen: Kredit foto: Geekbench


Sumber: Geekbench dan Phone Arena