Diperkenalkan pada awal Jun yang lalu, peranti ini sudah semestinya mendapat perhatian ramai terutama sekali dalam kalangan kaki game diseluruh dunia termasuk Malaysia.
Berdasarkan perkhabaran baru yang dikutip dari laman Lowyat.net, ASUS ROG Phone bakal hadir mendarat dipasaran tempatan tidak lama lagi. Hal ini adalah berdasarkan penyenaraian yang dilihat pada pengkalan data SIRIM.
Dilabel menggunakan nama model ZS600KL/Z01QD, ia didaftarkan dibawah nama syarikat Dynamics Distribution dan ECS dan semua sudah maklum kedua-duanya merupakan pengedar barangan ASUS di Malaysia.
Sebelum ini, peranti ini sudah mula dipasarkan di China dengan tanda harga yang agak tinggi iaitu sekitar RM ~RM 3,230 bagi 8GB/128GB dan ~RM 4,840 untuk versi 8GB/512GB.
Sementara itu, edisi terhad Armor pula dijual sekitar ~RM 7,865. Harga-harga yang disebutkan diatas adalah berdasarkan tukaran matawang asing dan mungkin terdapat perbezaan dengan harga jualan di Malaysia.
Jadi mari sama-sama kita nantikan kehadiran peranti gaming berkuasa ini nanti.
Sumber: Lowyat.net dan SIRIM
Berkaitan
- Fungsi Whatsapp "Status" Sudah Hadir Di Malaysia
- Huawei Watch GT 2 Akan Dipasarkan Di Malaysia Pada Harga RM799
- Apple Perkenal Smart Battery Case Bagi Model iPhone XS, iPhone XS Max Dan iPhone XR
- Amazfit GTS 2 Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM399
- Sistem Pembayaran WeChat Pay Bakal Diperkenalkan Di Malaysia Tahun Hadapan
- Inilah Harga DJI Mavic 3 Pro di Malaysia, Sudah Boleh Ditempah Mulai Hari Ini
- Vivo Malaysia Beri Diskaun Sehingga 88% Untuk Promosi Lazada 8.8 Ini
- Kementerian Pertahanan Malaysia Larang Warga ATM Guna Tik Tok
- Senarai Telefon Pintar ASUS Yang Bakal Terima Android Pie 9
- Lenovo ThinkPad X1 Fold Kini Di Malaysia, Harga Dari RM10,849