Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS ROG Phone Bakal Masuk Malaysia Tidak Lama Lagi

ASUS ROG Phone Bakal Masuk Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan September 28, 2018 oleh Helmi Samsuri

Cukup terkenal didalam pasaran komputer, ASUS ROG mula membuka lembaran baru dengan memperkenalkan model mudah alih iaitu ASUS ROG Phone.

Diperkenalkan pada awal Jun yang lalu, peranti ini sudah semestinya mendapat perhatian ramai terutama sekali dalam kalangan kaki game diseluruh dunia termasuk Malaysia.

Berdasarkan perkhabaran baru yang dikutip dari laman Lowyat.net, ASUS ROG Phone bakal hadir mendarat dipasaran tempatan tidak lama lagi. Hal ini adalah berdasarkan penyenaraian yang dilihat pada pengkalan data SIRIM.

Dilabel menggunakan nama model ZS600KL/Z01QD, ia didaftarkan dibawah nama syarikat Dynamics Distribution dan ECS dan semua sudah maklum kedua-duanya merupakan pengedar barangan ASUS di Malaysia.

ASUS ROG Phone Bakal Masuk Malaysia Tidak Lama Lagi

Sebelum ini, peranti ini sudah mula dipasarkan di China dengan tanda harga yang agak tinggi iaitu sekitar RM ~RM 3,230 bagi 8GB/128GB  dan ~RM 4,840 untuk versi 8GB/512GB.

Sementara itu, edisi terhad Armor pula dijual sekitar ~RM 7,865. Harga-harga yang disebutkan diatas adalah berdasarkan tukaran matawang asing dan mungkin terdapat perbezaan dengan harga jualan di Malaysia.

Jadi mari sama-sama kita nantikan kehadiran peranti gaming berkuasa ini nanti.

Sumber: Lowyat.net dan SIRIM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY