Asus ROG Phone Bakal Hadir Ke Pasaran Amerika Syarikat, Tarikh Pelancaran Kekal Rahsia

Kira-kira 3 minggu yang lalu, Asus telah memperkenalkan peranti memfokuskan permainan video pertama mereka yang dinamakan Asus ROG Phone. Ia telah diiktiraf oleh penggiat industri sebagai peranti yang mempunyai kemampuan dalaman terbaik buat masa ini.



Terbaru, peranti ini disahkan akan memasuki pasaran Amerika Syarikat apabila ia telah pun dibawa masuk ke dalam laman sesawang rasmi Asus untuk negara Uncle Sam tersebut. Bagaimanapun, tarikh pelancarannya masih lagi menjadi tanda tanya.

Asus ROG Phone ini akan hadir dengan cip pemprosesan premium Qualcomm Snapdragon 845 dengan clockspeed 2.96 GHz yang dinaiktaraf daripada 2.8GHz. Pengguna tidak perlu berkenaan suhu peranti kerana ia akan dilengkapi dengan sistem penyejukan AeroActive Cooler untuk kawalan suhu yang optimum.



Peranti ini juga mempunyai tiga port untuk sambungan USB Type-C bagi memudahkan pengguna untuk menggunakan lebih banyak aksesori tambahan pada peranti semasa permainan permainan video.

Dari segi paparan skrin pula, ROG Phone ini menggunakan skrin paparan jenis AMOLED dengan refresh rateĀ 90 GHz. Walaupun ia agak rendah berbanding refresh rate yang ada pada peranti Razer Phone(120 GHz), ia sudah mencukupi untuk kepuasan bermain yang terbaik.

Meskipun sudah diperkenalkan lebih awal, Asus masih lagi belum mengumumkan tarikh penjualan rasmi peranti ini bagi mana-mana pasaran buat masa sekarang. Namun, terdapat beberapa laporan menyatakan peranti ini akan mula dijual di pasaran Malaysia selewat-lewatnya Ogos ini.

Sumber