ASUS ROG Phone Bakal Dilancarkan Untuk Pasaran Tempatan 22 Oktober Ini

Tempoh hari mungkin ada diantara anda yang sudah maklum dengan khabar berita mengenai telefon pintar gaming, ASUS ROG Phone sudah terlihat pada salah satu penjual tempatan sebelum acara pelancaran rasmi.

Berdasarkan perkhabaran terbaru, ASUS Malaysia telah menjadualkan 22 Oktober ini sebagai tarikh pengenalannya di Malaysia.

Dipersenjatakan dengan spesifikasi yang mampu mengalirkan air liur penggemar permainan video mudah alih, ROG Phone menampilkan cip Snapdragon 845, RAM 8GB dan pilihan storan 128GB ataupun 512GB.

Skrin paparan pula dari jenis AMOLED berukuran 6 inci dengan kadar segar semula 90Hz dan dijana dengan bateri 4000mAh.

Harga rasmi belum diketahui lagi tetapi menurut ura-ura ia akan didagangkan pada nilai RM3499 untuk 128GB dan RM3999 untuk 512GB.