Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS ROG Phone 3 Kini Menyokong Audio Gaming Khas Dengan Fon Kepala ROG Terpilih

ASUS ROG Phone 3 Kini Menyokong Audio Gaming Khas Dengan Fon Kepala ROG Terpilih

Diterbitkan Oktober 15, 2020 · Dikemas kini Oktober 15, 2020 oleh Amsyar Latif

ASUS ROG Phone 3 tidak dinafikan adalah salah satu peranti gaming yang terbaik buat masa ini. Hadir dengan cip Snapdragon 865 dengan kadar segar semula 144Hz serta audio yang ditala oleh pakar audio Dirac.

ASUS ROG Phone 3 Malaysia

Peranti ini merangkumi Teknologi Bunyi HD Dirac untuk peningkatan audio termasuk pembetulan tindak balas impuls, pembetulan tindak balas frekuensi, peningkatan bass, pembatalan crosstalk, peningkatan kelantangan dan mod profil audio permainan khas.

Baru-baru ini di laman rasmi Dirac, mereka mengemas kini perisian untuk fon kepala ROG yang memberikan pengguna menikmati mod profil audio permainan khas dengan peranti itu.

Pembetulan impuls dan tindak balas magnitud yang baru dipatenkan syarikat ini mampu meningkatkan kualiti bunyi untuk fon kepala secara digital.ASUS ROG Phone 3 Kini Menyokong Audio Gaming Khas Dengan Fon Kepala ROG Terpilih

Ia juga mampu memberikan bunyi semula jadi dan seimbang. Mereka juga mendakwa bahawa ia mampu memberikan prestasi audio yang hebat untuk permainan dan muzik.

Dengan ini, ia dapat memastikan fon kepala ROG mampu menghasilkan bunyi yang seimbang dan jelas. Fon kepala ROG yang dioptimumkan Dirac adalah termasuk:

  • ROG Cetra
  • ROG Cetra Core
  • ROG Cetra RGB
  • ROG Delta
  • ROG Delta Core
  • ROG Delta White Edition
  • ROG Stirx Go 2.4
  • ROG Strix Fusion 300
  • ROG Strix Fusion 300 PNK LTD
  • ROG Theta Electret
  • ROG Theta 7.1

Sumber: Dirac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY