ASUS ROG Phone 3 Akan Tersedia Dipasang Google Stadia

Mendapat kritikan di awal pelancaran, platform penstriman permainan video Stadia diberikan fokus penambahbaikan daripada Google dari masa ke masa.

Sebelum ini hanya terhad digunakan pada beberapa peranti Google sahaja, penawaran stadia kini sudah diperluaskan lagi kepada beberapa model lain. Contohnya seperti telefon pintar Samsung siri S8, siri S9, siri S10, siri 20, ROG Phone dan Razer Phone.

Sebagai langkah untuk menarik lebih ramai lagi pengguna beralih kepada Stadia, Google telah menjalinkan kerjasama dengan ASUS untuk telefon pintar permainan mereka akan datang.

Menerusi jalinan itu, ROG Phone seterusnya akan siap dipasang dengan Google Stadia. Buat masa sekarang ia hanya melibatkan penawaran untuk 14 buah negara sahaja iaitu;

  1. Belgium

  2. Kanada

  3. Denmark

  4. Finland

  5. Perancis

  6. Jerman

  7. Ireland

  8. Itali

  9. Belanda

  10. Norway

  11. Sepanyol

  12. Sweden

  13. United Kingdom

  14. Amerika Syarikat


Bagi ROG Phone sebelumnya, walaupun tidak hadir secara pra-pasang, pengguna masih boleh menggunakan Stadia kerana ia sudah termasuk ke dalam senarai sokongan.

Ini mungkin langkah terbaik bagi Google dalam meraih pengguna yang lebih ramai lagi bagi menyaingi platform lain seperti GeForce Now, Xbox Live dan PlayStation Now.