ASUS ROG Phone 3 Masuk Malaysia September Depan

Umum mengetahui ASUS sudah menjadualkan 22 Julai 2020 (11 malam waktu Malaysia) sebagai tarikh acara pengenalan ROG Phone 3. Sudah disahkan bakal hadir dengan cip Snapdragon 865+, kini terdapat perkhabaran baru untuk peminat tempatan.

Menurut ASUS Malaysia, ROG Phone 3 akan dibawa masuk ke pasaran tempatan secara rasmi sekitar pertengahan bulan September depan. Melalui penawaran yang bakal dibuat itu, terdapat tiga variasi yang disediakan iaitu...

  • ROG Phone 3 Strix (Snapdragon 865, RAM 8GB, storan 256GB)

  • ROG Phone 3 (Snapdragon 865+, RAM 12GB, storan 512GB)

  • ROg Phone 3 (Snapdragon 865+, RAM 16GB, storan 512GB)


... dan pengeluar turut menyatakan tiada pilihan storan 1TB yang akan ditawarkan untuk edisi kali ini, tetapi datang dengan RAM 16GB. Berbeza dengan tawaran ROG Phone 2 sebelum ini yang menyediakan pilihan storan 1TB.

Berkenaan dengan harga pula, ia mungkin ditetapkan menghampiri harga ROG Phone 2 sebelum ini. Sebagai perbandingan ROG Phone 2 Strix berharga RM 2499, ROG Phone 2 dijual pada RM3499 sementara ROG Phone 2 (1TB) pula ditetapkan pada RM4499. Anda boleh meramalkan tanda harga rasmi keluaran baru tersebut untuk pasaran Malaysia sekitar harga-harga ROG Phone 2.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan spesifikasi, sama-sama kita nantikan acara pelancaran 22 Julai ini yang boleh ditonton pada saluran YouTube dibawah.

https://www.youtube.com/watch?v=GFwLRWq82xE