Asus ROG Phone 2 Ungguli Tiga Kategori Dalam “MKBHD Smartphone Awards 2019”

Setiap penghujung tahun, pasti para peminat telefon pintar akan menantikan anugerah telefon pintar terbaik oleh pengulas gajet terkenal iaitu MKBHD.


Kredit : MKBHD


Dengan meletekkan pelbagai kategori, ia memberi jawapan kepada pegguna terutamanya untuk membeli peranti terbaik bagi setiap kategori dalam anugerah tersebut.

Peranti Besar Terbaik 2019 - Asus ROG Phone 2



Kredit : MKBHD


MKBHD telah memilih Asus ROG Phone 2 sebagai peranti besar terbaik 2019. Dengan mempunyai bateri berkapasiti 6,000mAh, hadir dengan paparan OLED 120Hz, tiada takuk, hadir dengan bicu audio 3.5mm dan “duak front facing speaker” telah menjadikannya sebagai peranti besar terbaik 2019.  Tempat kedua dimenangi oleh Samsung Galaxy Note 10 Plus.

Peranti Kecil Terbaik 2019 - Samsung Galaxy S10E.



Kredit : MKBHD


Hadir dengan siri S10 dan juga S10 Plus, MKBHD memilih peranti keluaran Samsung ini kerana ia mudah digunakan sebelah tangan, prestasi yang mengagumkan, hadir dengan spesifikasi mercu dan jangka hayat bateri yang bagus. Bagi tempat kedua pula dimenangi oleh Iphone 11 Pro.

Peranti Kamera Terbaik 2019 - Iphone 11 Pro/Pro Max.



Kredit : MKBHD


Iphone 11 Pro dan Pro Max menjadi pilihan MKBHD bagi kategori ini kerana versetaliti yang terdapat pada ketiga-tiga lensanya. Ia juga cemerlang dalam “night mode”, potrait dan dari segi rakaman video. Tempat kedua dimenangi oleh Google Pixel 4/4XL dan beliau juga menyertakan Huawei Mate 30 Pro dan Samsung Galaxy Note 10+ bagi kategori ini.

Peranti Dengan Keupayaan Bateri terbaik 2019 - Asus ROG Phone 2.



Kredit : MKBHD


Asus ROG Phone 2 menjadi pilihan MKBHD bagi kategori ini. Dengan bateri berkapasiti 6,000 mAh, sudah semestinya ia akan memberikan keupayaan bateri yang luar biasa. Tempat kedua dimenangi oleh Iphone 11 dan beliau juga turut menyertakan Oppo Reno Ace yang hadir dengan pengecasan pantas VOOC 65W sebagai peranti yang mempunyai pengecasan terbaik 2019.

Peranti Dengan Rekaan Paling Menarik 2019 - Samsung Galaxy Fold.



Kredit : MKBHD


Bagi kategori ini, MKBHD memilih Samsung Galaxy Fold sebagai rekaan paling menarik tahun ini. Walaupun harganya agak mahal, tetapi tidak dinafikan rekaannya belum pernah ada sebelum ini. Tempat kedua pula dimenangi oleh Samsung Galaxy Note 10.

Peranti Bajet Terbaik 2019 - Redmi K20 Pro/Xiaomi Mi 9T Pro.



Kredit : MKBHD


Bagi kategori ini, Redmi K20 Pro menjadi pilihan MKBHD sebagai peranti bajet terbaik 2019. Hadir dengan spesifikasi premium dengan harga yang berpatutan, sudah semestinya ia layak menjadi juara bagi kategori ini. Tempat kedua dimenangi oleh Google Pixel 3A dan beliau juga turut menyertakan One Plus 7T dan juga Motrola One Hyper.

Peranti Gagal 2019 - Google Pixel 4.



Kredit : MKBHD


Jika pada tahun lalu kategori ini dimenangi oleh RED Hydrogen, namun pada tahun ini pula dimenangi oleh Google Pixel 4. Menurut MKBHD ia bukanlah satu kegagalan yang besar kerana ia juga hadir dengan beberapa spesifikasi yang menarik. Namun, dengan mempunyai beberapa masalah seperti isu paparan 90Hz, saiz bateri yang kecil dan tiada lensa ultra sudut lebar menjadikannya peranti yang gagal pada tahun ini.

Peranti Paling “Improved” 2019 - Asus ROG Phone 2.



Kredit : MKBHD


Satu sejarah buat Asus ROG Phone 2 kerana telah memenangi 3 kategori dalam anugerah MKBHD pada tahun ini. Bagi kategori ini pula, Asus ROG Phone 2 dilihat amat jauh berbeza dengan versi terdahulu. Dengan paparan OLED 120Hz, ia memberikan pengalaman yang berbeza ketika menggunakannya.

Peranti Terbaik “MKBHD Smartphone Awards 2019” - One Plus 7 Pro.



Kredit : MKBHD


MKBHD sekali lagi memilih peranti keluaran One Plus sebagai peranti terbaik tahunan. Pada tahun lalu beliau telah memilih One Plus 6T sebagai peranti terbaik manakala pada tahun ini beliau memilih One Plus 7 Pro.

Menurut beliau, ia mempunyai spesifikasi yang lengkap seperti peranti mercu dan dengan paparan 90Hz, ia menjadi sebuah peranti yang cemerlang ketika menggunakannya. Beliau juga memuji reka bentuk One Plus 7 Pro yang menarik dan ia juga hadir dengan pengecasan pantas.

Sumber : MKBHD