Asus ROG Phone 2 Dijangka Bakal Diperkenalkan Pada Suku Ketiga 2019

Asus ROG Phone boleh dikatakan sebagai peranti memfokuskan permainan mudah alih terbaik yang diperkenalkan pada tahun lepas.

Selepas kira-kira enam(6) bulan peranti itu dilancarkan, kini timbul ura-mengatakan generasi kedua siri tersebut akan diperkenalkan pada suku ketiga(Jul-Sept) tahun ini.

Bagaimanapun, Asus dikatakan akan lebih memfokuskan pasaran China pada kali ini.

Kapsyen: Slashgear


Malah, mereka dikatakan bakal mengadakan kerjasama dengan Tencent untuk mempromosikan peranti ini di negara berkenaan nanti.

Walaupun tiada maklumat mengenai spesifikasi peranti telah didedahkan setakat ini, kami menjangkakan Asus ROG Phone 2 ini bakal hadir dengan cip Snapdragon 855, bateri yang lebih besar, paparan lebih baik atau mungkin sokongan memori sehingga 12GB RAM.

Dai segi harga pula, kita mungkin dapat melihat tawaran yang hampir sama atau lebih mahal sedikit daripada generasi pertama yang dikeluarkan tahun lepas.

Apa-apa pun, kita pasti akan mendengar dengan lebih lanjut mengenai peranti ini dalam tempoh beberapa bulan mendatang. Sama-sama kita nantikan.

 

Sumber: digitimes