ASUS ROG GX800-Komputer Gaming Hadir Di Malaysia Dengan Harga RM25,999

Pertama kali dipertontonkan kepada umum awal tahun ini pada acara Computex 2016, ASUS Republic of Gamers nampaknya sudah bersedia memperkenalkan komputer riba gaming dengan sistem penyejuk cecair ke pasaran Malaysia. Model GX800 merupakan pengganti kepada model GX700 yang dilancarkan di pasaran negara pada April yang lalu-komputer riba pertama dari ASUS ROG yang mempunyai sistem penyejuk cecair.

gx800-100663657-large

Sedikit perubahan dibawa pada model terbaru ini dimana bakal pembeli dihidangkan dengan paparan berukuran 18.4 inci yang juga mempunyai resolusi 4K (3840x2160). Tambahan lagi, GX800 mempunyai keupayaan grafik yang lebih berkuasa berbanding model terdahulu dengan ia kini dilengkapi dengan NVIDIA GeForce GTX1080.

Diperkasakan oleh pemproses Intel Core i7-6820HK mesra-overclock, GX800 juga datang dengan RAM DDR4 64GB  dan tiga solid state drive PCIe M2 512GB .

asus-rog-gx800-num-pad-and-arrow-keys_slideshow_main

Disamping itu, komputer riba gaming ini disertakan dengan papan kekunci MechTag. ASUS ROG turut menambah baik sistem penyejuk cecair GX800 supaya dapat menyejukkan CPU. Sebelum ini GX700 hanya dapat menyejukkan GPU sahaja. GX800 turut dikuasakan dengan dua bekalan kuasa 330W tetapi menurut lowyat.net, komputer ini mampu berfungsi dengan satu bekalan kuasa sahaja kecuali ketika overclocking.

computex-2016-asus-rog-gx800-16

ROG GX800 akan mula dijual di Malaysia pada bulan Disember ini pada harga RM25,999. Pembeli boleh mula menempah komputer riba unik dan berkuasa tinggi ini di kedai ASUS ROG bertempat di Plaza Low Yat.

Sumber: Lowyat.net

Berkaitan