Asus ROG Glacier Blue, Utamakan Keselesaan Pengguna Dan Sistem Penyejukan Pintar

ASUS telah mengumumkan produk terbaru mereka ROG Glacier Blue yang terdiri dari empat model Zephyrus S GX502, Zephyrus M GU502, dan Strix G G531, G731 yang akan dikeluarkan kemudian pada tahun ini.

Terdapat perbezaan yang sesuai digunakan pada tahap tertentu supaya pengalaman semasa bermain bertambah menarik. Melalui model kelas-S, ia menawarkan pengalaman premium sesuai digunakan untuk kelihatan tampak profesional, kelas-M direka bagi mereka yang mahu kelihatan bijak atau savvy dan pada siri G kali ini memfokuskan  tambah baik kemampuan keperluan asas bagi menyambut lebih banyak pemain ke dalam Republic of Gamers.



Keluaran kumpulan ASUS ROG kali ini dapat dilihat dari pengimejan semula terutama pada segi rupa dan rasa permainan komputer riba yang sesuai bagi peminat yang mementingkan kualiti pada tahap premium.

Pengalaman rupa dan rasa yang cuba ditonjolkan pada keluaran komputer riba berkuasa tinggi ini dimana anda mampu merasai reka bentuk yang memberi perasaan sejuk dan selesa kepada pengguna pada pandangan pertama. Bermula dari inovatif Active Aerodynamic System pada Zephyrus S hingga ke sistem pengudaraan 3D Flow Zone pada siri baru Strix. Terdapat juga ciri lain, salah satunya pencahayaan Aura Sync RGB.

Seterusnya, proses campuran warna, rekaan dan bahan yang digunakan datang dari warna seakan-akan biru mampu menyejukkan pandangan mata, reka bentuk bagi menampakkan ia lebih nipis serta tambahan kesan-kesan mengurangkan penampakan bezel  bagi memfokuskan lebih ke arah paparan skrin.



Sementara itu terdapat beberapa bahagian dari casis yang dilindungi dengan dua balutan atau lapisan cat berwarna biru Glacier, permukaan Strix G diukir dengan campuran istimewa plastik biru yang berdaya tahan.

Komputer riba Glacier Blue masih lagi menawarkan prestasi yang tinggi dan ciri-ciri yang berguna tetapi kali ini ia lebih kepada warna yang terang bagi menarik lebih ramai peminat ROG dan menawarkan sistem penyejukan yang pintar.

Beberapa model Glacier Blue bakal dipaparkan di Computex 2019 bermula dari 28 Mei hingga ke 1 Jun di Taipei, Taiwan.