ASUS Republic of Gamers (ROG) Bekerjasama Dengan Activision Dalam Membawakan Call of Duty(R): Black Ops 4

Republic of Gamers (ROG) oleh ASUS telah mengumumkan kerjasama mereka bersama Activision untuk Call of Duty®: Black Ops 4. Untuk masa yang terhad, setiap pembelian produk ROG yang terpilih akan membolehkan akses kepada permainan tersebut.

 

Setiap pembelian produk ROG yang terpilih bermula dari 10 September sehingga 12 Oktober 2018, melayakkan pengguna mendapat akses kepada edisi Digital Standard Call of Duty: Black Ops 4.

Produk ROG yang terpilih adalah:

  • ROG ZEPHYRUS (GX SERIES)




  • ROG ZEPHYRUS (GM SERIES)




  • ROG G703




  • ROG STRIX GL703




  • ROG STRIX GL504




Tawaran ini tertakluk kepada terma dan syarat sementara stok masih ada. Kepada mereka yang telah membuat pembelian tersebut dalam masa yang telah ditetapkan, kod akses boleh didapati di dalam komputer riba. Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila ikut pautan INI.

Tidak berakhir di situ, ROG juga telah memasukkan kebolehan AURA Sync ke dalam permainan Call of Duty Ops 4 untuk PC. Kini setiap produk berkebolehan Aura Sync boleh diselaraskan di dalam permainan bagi mengikut setiap rentak di dalam permainan. Ini termasuk skrin monitor, papan kekunci, fon kepala, papan induk, komputer riba, tetikus dan banyak lagi. Ini bagi menghasilkan pengalaman bermain yang jitu semasa bermain Call of Duty: Black Ops 4.

Untuk keterangan lanjut, layari laman sesawang ROG.