Monitor ROG Swift 360Hz dilengkapi teknologi NVIDIA G-SYNC.
ASUS menerusi jenama ROG (Republic of Gamers) telah perkenalkan model terbaru monitor 'gaming' berprestasi tinggi dengan kadar segar 360Hz. Sekaligus menjadikannya yang pertama di dunia dengan kadar segar semula setinggi itu.
Berbanding model monitor dengan kadar segar 240Hz yang ada ketika ini seperti yang terbaru ditawarkan dari Samsung G7 dan G9, ROG Swift 360Hz didakwa mampu memberikan sehingga 50% lebih banyak jumlah bingkai persaat.
Walau bagaimanapun, Asus tidak berkongsikan lebih lanjut spesifikasi penuh paparan berkuasa ini. Kecuali hanya memberitahu ia akan ditawarkan pada saiz paparan 24.5 inci dan berdefinisi penuh (FHD).
Tetapi Asus memaklumkan, ROG Swift 360Hz G-SYNC dijangka akan ditawarkan pada tahun ini juga (tiada tarikh dinyatakan). Sementara harganya pula hanya akan diberitahu kelak apabila ia sedia memasukai pasaran.
Berkaitan
- 2 Varian ASUS Vivobook 16 Terbaru Dilancar - Skrin Besar, Harga Mampu Milik
- ASUS Perkenalkan Model Terbaru VivoBook S14 Dan S15
- ASUS Umum eGPU Berkuasa Berharga Hampir RM9,000
- ASUS Mengumumkan Model Terbaru Zephyrus G14 Dan Zephyrus G15
- Asus Akan Menggunakan 'Thermal Paste' Jenis 'Liquid Metal' Dalam Semua Barisan Model Komputer Riba Mereka
- Sambar Jam Edisi Terhad ROG G-Shock Eksklusif Dengan Pembelian Komputer Riba Atau Komputer Meja ROG
- 7 Pembekal Apple Di China Didakwa Ada Kaitan Dengan Program Buruh Paksa Umat Islam Uyghur
- ASUS Malaysia Umum Generasi Komputer Riba TUF Gaming 2023, Harga Dari RM4,999
- ASUS Menyenaraikan 14 Papan Litar Utama Mereka Yang Tersedia Dengan TPM 2.0
- Beberapa Buah Universiti Di A.S Dan U.K Mula Menawarkan Program Ijazah Dalam Bidang E-Sukan