ASUS Perkenal Barisan Gaya Hidup, Perniagaan Dan Inovasi Permainan Di CES 2020

Bersempena acara CES 2020, ASUS melancarkan beberapa produk keluarannya termasuk komputer riba, dekstops, paparan, penghala, papan induk dan peranti untuk aplikasi AIoT.

Notebook yang terbaru iaitu Chromebook Flip C436, VivoBook siri S (S333/S433/S533) dan ExpertBook B9450. Chromebook Flip C436 didatangkan dengan cip pemprosesan Generasi ke-10 Intel Core i7 serta menyokong kapasiti RAM sehingga 16GB. VivoBook Siri S memenuhi keperluan para pengguna yang mencari ciri keperibadian dan prestasi kepada siri ini dengan  diperbaharui warna-warna baru dan bersaiz 13 inci, 14 inci dan 15 inci. Satu lagi yang turut diperkenalkan adalah ExpertBook B9450. Ia merupakan sebuah komputer riba bersaiz 14 inci yang paling ringan  dan menawarkan bateri yang tahan lama dan digunakan cip pemprosesan Generasi ke-10 Intel® Core ™ .

ASUS juga memperkenalkan papan induk Prime TRX40-PRO bagi pencipta kandungan, pereka grafik dan para profesional. Papan induknya direka untuk memberi potensi kepada cip pemprosesan Generasi ke-3 Ryzen ™ Threadripper ™. Ianya juga berpasangan dengan Hyper M.2 X16 Gen4 Card.

Produk lain yang dipamerkan termasuk notebook ProArt StudioBook dan PC ProStt Station. Komputer Permainan TUF Gaming A15 dan A17.  Portable Monitor ZenScreen MB16ACE, ProArt Display PA248QV, PA278QV dan TUF gaming VG27AQL1A. Rangkaian ZenWiFi Voice, ZenWiFi AX (XT8), ZenWiFi AC (CT8), RT-AX89X dan RT-AX86U. Peranti untuk aplikasi AIoT  Tinker Edge T , Tinker Edge R dan Mini PC PN61T.