Semalam, syarikat berkenaan telah melancarkan peranti mereka yang pertama dengan nisbah paparan 18:9 dimana acara pelancarannya berlangsung di China.
Diberi nama Pegasus 4S yang hadir dengan skrin berukuran 5.7 inci, cip pemprosesan MediaTek MT6750T, RAM 3GB/4GB dan storan dalaman sebesar 32GB/64GB.
Seperti kebanyakkan telefon pintar yang dilancarkan tahun 2017, Asus turut melengkapkan model ini dengan dwi kamera utama yang menggabungkan lensa 16MP dan 8MP. Dibahagian hadapan pula, lensa 8MP digunakan untuk menghasilkan gambar selfie.
Pegasus 4S dijana dengan bateri berkapasiti 4030mAh, pengimbas cap jari dibahagian belakang, sambungan mikroUSB, dan akan dioperasikan dengan sistem Android Nougat 7.0 terus dari kotak.
Telefon pintar ini akan mula dijual di China pada 9 November ini dengan 2 pilihan warna iaitu Emas dan Hitam. Masih belum dapat dipastikan tentang harganya, tetapi desas-desus mengatakan ia mungkin dijual dibawah parasĀ $350 (~RM1479.27).
Sumber: Android Authority
Berkaitan
- PUBG Versi PC Akan Terima Kemaskini Sistem Pangkat
- Seluruh Pejabat Daerah Di Negeri Terengganu Dibekalkan Dengan Dron
- Honor Malaysia Beri Bayangan Peranti Dengan 4 Kamera Akan Tiba Tidak Lama Lagi
- Perancis Haramkan Penggunaan Telefon Pintar Di Sekolah
- Dolby Dilapor Sedang Bangunkan Aplikasi Rakaman Muzik
- Tawaran Internet Jalur Lebar 10Gbps Guna Infrastruktrur TNB Adalah Palsu
- Vivo Y69 Akan Dipasarkan Di Malaysia Pada Harga RM999
- Cara Semak Powerbank Pineng Dan Xiaomi Yang Tulen
- Permainan Mudah Alih Game Of Thrones: Conquest Sudah Boleh Mula Dimuat Turun Android Dan iOS
- Jom Lihat Teknologi Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin Oleh Vivo