Asus Mengumumkan Tarikh Pelancaran ROG Phone II Di Malaysia

Pra Tempah akan dibuka bermula 14 Oktober ini.


Asus Malaysia telah mengumumkan secara rasminya pelancaran model terbaru telefon pintar Andorid paling berkuasa mereka, ROG Phone II akan dilancatkan pada 16 Oktober 2019.



Model ROG Phone II bagi pasaran tempatan dijangkakan akan dilengkapi dengan pilihan memori sehingga 12GB RAM, saiz storan dari 512GB, cip pemprosesan Snapdragon 855+, bateri berkapasiti 6000mAh serta pengecas pantas 30W.

Selain itu, Asus juga memaklumkan, pra tempah bagi ROG Phone II akan dibuka lebih awal sebelum pelancarannya kepada para pembeli bermula 14 hingga 15 Oktober ini yang boleh dibuat secara eksklusif hanya menerusi laman Shopee Malaysia.

Deposit bagi pra tempah tersebut adalah RM999.00. Pembeli yang membuat tempahan awal ROG Phone II itu juga akan menerima aksesori ROG Kunai GamePad yang berharga RM200.00 secara percuma.



Untuk info lanjut, sila layari laman Shopee Malaysia.