Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
asus rog

ASUS Mengacah Komputer Riba ROG Dan TUF Baharu – Akan Diumum 12 Januari

Diterbitkan Januari 5, 2021 oleh Amsyar Latif

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum acara CES 2021 berlangsung. ASUS juga telah mengacah barisan komputer riba gaming baharu mereka iaitu ROG dan TUF.

Seperti sedia maklum, siri ASUS ROG sememangnya yang terbaik daripada mereka sementara siri TUF pula adalah lebih mampu milik.

Menerusi video acah komputer riba TUF baharu, ASUS mendakwa komputer riba TUF kali ini akan mempunyai sistem penyejukan yang lebih baik.

We're upgrading TUF 💪
Stay Tuned #CES2021 #ASUS #TUFGaming pic.twitter.com/4icRYae6c6

— ASUS (@ASUS) January 4, 2021

Ia dikatakan akan dijana sama ada cip pemproses AMD Ryzen 5000H (Cezanne-H) atau Intel Tiger Lake Gen-11.

Selain itu, komputer riba ROG baharu dengan nombor model “ROG X13” akan menampilkan siri ROG paling berkuasa dalam barisan komputer riba gaming ASUS.

SOON.
January 12 10AM PST.#CES2021 #ForThoseWhoDare #ROG pic.twitter.com/yXMmzEP8rH

— ROG Global (@ASUS_ROG) January 4, 2021

Malah, laporan daripada videocardz juga mengatakan komputer riba ROG baharu ini akan menggunakan kad grafik mudah alih RTX 3070 dan RTX 3080 yang akan digandingkan dengan cip Ryzen 5000H atau Intel Gen-11.

Dengan cip pemproses dan kad grafik yang terkini, ASUS dilihat akan menawarkan spesifikasi terbaik bagi komputer riba gaming mereka tahun ini yang mana mereka akan mengumumkannya pada 12 Januari.

Sumber: ASUS, ASUS ROG via

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY