Untuk mereka yang mahukan skrin berprestasi tinggi.
ASUS telah melancarkan produk terbaru mereka, skrin 4K 28 inci TUF Gaming VG289Q yang direka khusus bagi pemain tegar permainan komputer yang mahukan visual berkualiti tinggi.
3 Ciri utama skrin Asus terbaru ini adalah ia memaparkan resolusi paparan 4K (3840×2160 ), menyokong AMD FreeSync dan standad warna DCI-P3 (juga sokongan HDR).
Selain itu, ia menyokong tetapan mod yang khusus dicipta untuk permainan komputer seperti Gamevisual presets, Gameplus overlays dan Shadow Boost bagi memberikan kualiti visual terbaik kepada pemain.
ASUS TUF VG289Q dilengkapi dengan 1x sambungan DisplayPort 1.2, 2x HDMI 2.0 dan sambungan fon kepala 3.5mm. Lebih penting ia turut didatangkan bersama pendirinya bagi membolehkan ia dipusing, diubah ketinggian dan lain-lain.
Tidak sepertimana skrin Apple Pro Display XDR yang dijual berasingan pendirinya (Apple Pro Stand berharga USD999).
Buat masa ini, Asus belum mengumumkan harga jualnnya lagi tetapi dijangka akan mula berada di pasaran tidak lama lagi.
Layari laman rasmi Asus TUF Gaming VG289Q untuk info lanjut spesifikasi skrin.
Berkaitan
- ASUS Mohon Maaf Isu Salah Ejaan Pada Papan Induk ROG MAXIMUS Z790 HERO EVA-02 EDITION
- (Ulasan) ASUS Zenbook 14 OLED, Spesifikasi Kayangan Harga Marhaen
- "Jangan Pukul Orang Guna Pelapik Tetikus Gaming Kami" - Razer
- Asus ROG Phone 4 Mungkin Dilengkapi Dengan Bateri 6,000mAh
- Acer Menaik Taraf Komputer Meja 'Gaming' Predator Orion 3000 Dan Nitro 50
- Asus Menawarkan Harga Istimewa Bagi 5 Kad Grafik ASUS GEFORCE Bermula 6 Mei Ini
- (Ulasan) Lenovo LOQ 15IRH8 - 'Laptop Gaming' Tak Perlu Pecah Tabung
- Asus Mengumumkan ROG Phone 2 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 16 Oktober Nanti
- Asus Mengumumkan Tarikh Pelancaran ROG Phone II Di Malaysia
- ASUS Perkenal Monitor 'Gaming' 360Hz Pertama Di Dunia