ASUS Malaysia Umum TUF Gaming FX505 Dikuasakan Dengan Cip Pemproses AMD

Mempelbagaikan lagi penawaran sedia ada, ASUS Malaysia hari ini dengan rasminya telah mengumumkan barisan komputer riba gaming mereka, TUF Gaming FX505 yang dikemaskini untuk pembeli tempatan.



Siri ini sudah dikenali dengan harga tidak "sekeras" siri ROG, bakal membawakan komputer riba dikuasakan oleh cip pemproses AMD Ryzen serta digandingkan bersama kad grafik Nvidia. Spesifikasi asas serta harga seperti dibawah;



  • FX505DD (RM2899)

    • AMD Ryzen 5 3550H 2.1 GHz

    • RAM 4GB

    • 512GB SSD

    • NVIDIA GeForce GTX1050



  • FX505DT (RM3199)

    • AMD Ryzen 5 3550H 2.1 GHz

    • RAM 4GB

    • 512GB SSD

    • NVIDIA GeForce GTX1650



  • FX505DT (RM3499)

    • AMD Ryzen 7 3750H 2.3GHz

    • RAM 4GB

    • 512GB SSD

    • NVIDIA GeForce GTX 1650



  • FX505DU (RM4399)

    • AMD Ryzen 7 3750H (2.3GHz)

    • RAM 8GB

    • 512GB SSD

    • NVIDIA GeForce GTX 1660Ti



  • FX505DV (RM5199)

    • AMD Ryzen 7 3750H (2.3GHz)

    • RAM 8GB

    • 512GB

    • NVIDIA GeForce RTX 2060




Pra-tempah siri ini hanya eksklusif dibuka pada Shopee bermula 27 Mei 2019 hingga 29 Mei 2019.



Sebanyak 30 pembeli terawal akan menerima aksesori seperti ASUS Cerberus Gaming Headset dan ASUS ZenPower yang kesemuannya bernilai RM279. Untuk maklumat lengkap boleh layari laman ASUS Malaysia atau ASUS Laptop Store di Shopee.