ASUS Malaysia Tawar Diskaun RM1000 Untuk ROG Phone Pada Hari Ini

Terdahulu, ASUS Malaysia sedia menawarkan ASUS ROG Phone dengan potongan harga RM1000 melalui Lazada Raya Sales pada 16 Mei lalu yang mana stok telah habis terjual dalam masa 2 jam sahaja. Tawaran yang sama turut dibuat ketika Shopee Super Brand Day (27 Mei - 29 Mei) dan mereka menyatakan sebanyak 100 unit telah berjaya disambar pembeli.

Melihat sambutan yang menggalakkan daripada pembeli tempatan, ASUS Malaysia sekali lagi tampil dengan potongan harga serupa bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri hari ini. Diskaun RM1000 ini berjalan dalam tempoh satu hari sahaja (5 Jun 2019) dimana bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya dari Lazada dan Shopee. Promosi ini juga turut menyediakan aksesori percuma berupa Game Vice yang bernilai RM349.



Anda boleh memilih salah satu versi yang ditawarkan; RAM 8GB + 512GB ataupun RAM 8GB + 128GB, masing-masing dijual pada harga RM2999 dan RM2499.  ROG Phone merupakan telefon pintar yang dikuasakan oleh cip Snapdragon 845, mempunyai dwi kamera terdiri daripada lensa 12MP+8MP serta dijana dengan bateri 4000mAh.