ASUS Malaysia Mula Tawar ROG Zephyrus S GX701 Dengan Harga RM 13,999

Reading Time: 2 minutes

Disebut sebagai komputer riba paling nipis didunia, ROG Zephyrus S GX701 kini telah rasmi mendarat dipasaran tempatan hari ini.

Ia hadir dengan skrin paparan berbezel nipis 17.3 inci Full HD, 144Hz kadar segar semula dan 3ms masa respon.

Menguasakan dari dalam adalah cip pemprosesan Intel Core i7-8750H, digandingkan bersama NVIDIA GeForce RTX 2080 Max-Q. Bahagian memori pula menggunakan RAM 8GB DDR4 (sehingga 24GB) dan juga storan 1TB PCIe NVMe Gen3 x 4.

Komputer ini sedia dibeli dari pengedar sah ASUS seluruh negara pada harga RM13,999. Pembelian juga disertakan dengan jaminan global selama 2 tahun. Bakal pembeli komputer riba ini akan menerima aksesori seperti ASUS Bagpack, tetikus, dan webcam ROG GC21 bernilai RM899.

Selain daripada itu, ASUS Malaysia juga menawarkan dua model desktop; ROG STRIX GL10CS dan ROG STRIX GL12CX.

ROG STRIX GL12 didatangkan dengan kelengkapan seperti pemproses generasi ke-9 Intel Core i9-9900K dan dipadankan dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 20.

Sementara itu, ROG Strix GL10 pula menampilkan Intel Core i7-8700, NVIDIA GeForce GTX 1060 dan RAM DRR4 8GB. Spesifikasi lengkap beserta harga boleh dilihat dibawah.