Asus Lancarkan 3 Model Baharu VivoBook Dengan Bezel Nipis

Disamping memperkenalkan laptop menfokuskan permainan video TUF Gaming dan ROG, Asus turut melancarkan tiga model baru dalam siri VivoBook iaitu VivoBook 14(X412), VivoBook 15(X512) dan VivoBook 17(X712).

Sesuai dengan namanya, angka dibelakang adalah mewakili saiz paparan peranti dimana VivoBook 14 mempunyai paparan 14-inci, VivoBook 15 dengan 15.6-inci sambil VivoBook 17 hadir dengan paparan bersaiz 17.3-inci.

Kapsyen: ASUS


Kesemua laptop dilengkapi dengan paparan NanoEgde empat sisi tanpa bingkai dengan nisbah paparan pada peranti sebanyak 87% bagi VivoBook 14 dan 15, manakala 85% bagi model 17-inci.

Malah, ia juga dilengkapi dengan cip pemprosesan berkuasa tinggi Intel Core i7 Generasi Ke-8 yang turut disokong dengan sokongan grafik NVIDIA GeForce MX130.

Kapsyen: ASUS


Dari segi kepuasan menaip pula, peranti ini hadir dengan inovasi ErgoLift yang mana akan menaikkan sedikit papan kekunci sekaligus memberi keselesaan walaupun menaip untuk tempoh yang panjang.

Kapsyen: ASUS


Pengecasan bateri pula mengambil masa selama lebih kurang 49 minit untuk membekalkan peranti dengan kuasa sekitar 60%. Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai tarikh penawaran model-model tersebut di Malaysia setakat ini.

 

Sumber: ASUS