Asus Isyaratkan Peranti Permainan Daripada Mereka

Tahun 2018 merupakan tahun yang mengujakan bagi penggemar permainan di dalam telefon pintar. Ini kerana untuk tahun ini sahaja, pengguna sudah dihidangkan dengan dua pilihan peranti yang dicipta untuk memenuhi selera mereka dalam bentuk Razer Phone yang diperkenalkan pada bulan November 2017 dan Black Shark pada hujung minggu lepas.

Kali ini, Asus Global pula memberi bayangan yang peranti dengan konsep yang sama mungkin akan dikeluarkan oleh mereka. Perkara ini disahkan sendiri oleh CEO Asus Global, Jerry Shen memberitahu pihak media yang pengguna boleh menjangkakan pengeluar peranti dari Taiwan itu bakal mengeluarkan versi peranti permainan mereka.

https://youtu.be/eLWuMCEDFm0

Walaubagaimana pun, tiada butiran khusus mengenai peranti tersebut dan peminat cuma boleh tunggu mengenai pengumuman itu kelak. Asus mempunyai jenama ROG (Repubic of Gamers) di bawah mereka dan mungkin akan menggunakan jenama yang sama untuk mempromosikan telefon pintar mereka nanti.

Khabar mengenai peranti permainan dari Asus telah timbul semenjak di MWC 2018 tetapi tiada tarikh khusus yang disebut. Apa-apa pun, kami akan memberitahu anda mengenai sebarang pengumuman dari Asus.

Sumber