ASUS Hadir Dengan Jam Pintar Terbaru Mereka Iaitu Zenwatch 3.





Dengan kebanyakkan syarikat telefon pintar berlumba lumba  dengan rekaan jam pintar seperti Xiaomi, Huawei dan lain lain, kini ASUS pula datang dengan jam pintar terbaru mereka iaitu The Zenwatch 3.



The Zenwatch 3 ini mempunyai paparan AMOLED sebesar 1.39 inci dengan resolusi 400x400 dan dapat berfungsi dengan 287 pixel seinci (ppi). Ianya lebih kurang sama dengan Huawei Watch dan sedikit tajam berbanding generasi kedua Moto 360. Ianya di bina dengan keluli tahan karat dan boleh didapati dengan beberapa pilihan warna iaitu hitam,perak dan emas ros. Ketiga tiganya mempunyai rekaan bentuk emas bulat di dalam.





Ianya menggunakan prosessor Qualcomm Snapdragon Wear 2100 dan memiliki RAM sebanyak 512 dan dipasangkan dengan memori dalaman sebanyak 4GB. Ianya mempunyai ketebalan 9.95mm dan mempunyai kapasiti bateri sebanyak 341mAh yang dapat bertahan selama 2 hari.



The Zenwatch 3 akan menawarkan rekaan sendiri menerusi aplikasi FaceDesigner. Seperti jam pintar yang lain, ianya memiliki ciri ciri yang biasa seperti fitness tracking, kadar degupan jantung, jarak larian, dan juga aktiviti bersenam yang lain. Jika dilihat, ianya adalah sebuah jam pintar biasa kerana dikatakan Zenwatch 3 ini memiliki sukatan yang tidak berapa tepat seperti langkah atau jarak perjalanan. Dari segi kualiti, ianya tidak dapat menandingi Garmin atau Fitbit.