ASUS Grand Sale - Tawar Diskaun Serta Baucar Berjumlah RM200,000 Untuk Bakal Pembeli

Bermula sejak semalam, ASUS Grand Sale di Shopee kini memasuki hari yang kedua. Menghidangkan pelbagai tawaran menarik kepada pengguna diantaranya seperti baucar bernilai RM200,000 yang sedang menanti untuk dinikmati peminat, tawaran menarik melibatkan komputer riba , serta diskaun bagi telefon pintar jenama ini.



Selain daripada itu, ASUS turut menyediakan hadiah berupa STRIX DSP Headset dan STRIX Glide Control Mouse Pads untuk pemenang Kuiz Shopee serta giveaway di sosial media sepanjang tiga hari ASUS Grand Sale ini berlangsung.

Turut sama berlangsung adalah pra-tempah ASUS TUF Gaming FX505 yang dikuasakan oleh cip pemproses AMD dan GPU dari NVIDIA, eksklusif di Shopee. Seperti yang diberitakan tempoh hari, 30 pembeli pra-tempah terawal akan menerima aksesori istimewa dari ASUS.

Bagi anda yang sedang mencari komputer atau telefon pintar ASUS, bolehlah melawati ASUS Grand Sale di Shopee sebelum ASUS Grand Sale ini tamat pada esok, 29 Mei 2019.