Asus bekerjasama dengan Thermal-Grizzly.
Asus telah mengumumkan bahawa mereka tidak lagi akan menggunakan 'thermal paste' jenis biasa. Sebaliknya mereka akan menggunakan 'thermal paste' jenis 'liquid metal' bagi menyejukkan cip pemprosesan yang digunakan dalam kesemua barisan model komputer riba mereka.
Untuk itu, Asus telah bekerjasama dengan pengeluar bahan konduktor itu iaitu Thermal-Grizzly. Firma tersebut menghasilkan 'thermal paste' yang dikenali sebagai Conductonaut.
Conductonaut adalah bahan campuran daripada tin, indium dan gallium.
Asus mengharapkan dengan menggunakan 'thermal paste' jenis 'liquid metal' dalam komputer riba mereka, ia akan dapat menyejukkan suhu komputer riba sehingga 10 ke 20 darjah celsius.
Untuk proses meletakkan 'thermal paste' itu pula, Asus telah membangunkan mesin khas yang dipatenkan khusus bagi melaksanakan proses tersebut dengan sempurna.
https://www.youtube.com/watch?v=pbCw1FD22Bo&feature=emb_logo
Buat masa ini, hanya barisan model komputer riba Asus ROG yang menggunakan cip pemprosesan Intel Generasi ke-10 sahaja yang akan menggunakan 'thermal paste' jenis 'liquid metal' dari Thermal-Grizzly.
Sumber: ExtremeTech
Berkaitan
- 8 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Program Rebat Bil Elektrik Sehingga RM40
- MCMC Jenamakan Semula Program 'Mobile e-Waste' Kepada 'KITAR'
- ASUS Melancarkan Skrin 4K 28 Inci TUF Gaming VG289Q
- 2 Varian ASUS Vivobook 16 Terbaru Dilancar - Skrin Besar, Harga Mampu Milik
- ASUS Perkenal Monitor 'Gaming' 360Hz Pertama Di Dunia
- Bandar Raya Kuching Bakal Guna Trem Swapandu Dikuasa Hidrogen Pertama Di Dunia
- Pasukan Asus Catat Rekod Dunia 'Overclock', Sejukkan Cip Dengan Cecair Helium
- ASUS Menawarkan Komputer Riba Untuk Profesional - ProArt Studiobook 16
- Huawei Menjelaskan Program "Exclusive Ownership" Siri HUAWEI Mate30 Pro
- Sambar Jam Edisi Terhad ROG G-Shock Eksklusif Dengan Pembelian Komputer Riba Atau Komputer Meja ROG