Astro Tawar Promosi Dan Penghantaran Percuma Dari BookXcess

Sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sudah pasti ada di antara kita yang lebih gemar meluangkan masa dengan membaca buku. Jika buku sedia ada sudah habis dibaca, usah risau. Astro dengan kerjasama BookXcess kini menawarkan penghantaran percuma sepanjang tempoh PKP.

BookXcess

Untuk menikmati tawaran ini, hanya perlu masukkan kod promo "BXASTRO" semasa pembayaran dengan perbelanjaan minimum RM60. Selain penghantaran percuma, pelanggan Astro akan turut menikmati promosi diskaun sehingga 80%.



Antara buku yang ditawarkan dengan harga diskaun termasuk buku fiksyen, resipi, kesihatan, mewarna dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, layari www.bookxcessonline.com.