Astro hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Allo Tehnology di mana Astro akan menawarkan pakej perkhidmatan gabungan jalur lebar dan kandungan unik kepada pelanggan sedia ada dan baharu, yang dihubungkan oleh Allo.

IKLAN

Menerusi penawaran ini, penduduk di sekitar kawasan yang terlibat bakal menikmati perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi beserta dengan kandungan saluran Astro. Ia merupakan sebahagian dari usaha Astro dalam menyokong program kendalian Kerajaan, Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).

perkhidmatan Astro

Selain itu, Astro turut menawarkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi melalui pakej langganan 50 Mbps dan 100 Mbps masing-masing berharga RM99 dan RM129.

IKLAN

Dengan harga ini, pelanggan Astro akan ditawarkan kandungan dari Pek Famili Astro yang memiliki lebih dari 60 saluran, termasuklah Astro Ria, Astro Prima, Astro Arena, Astro Awani, NatGeo WILD, dan FOXlife serta kandungan-kandungan definisi tinggi (HD).

Menurut Astro, tawaran ini diberikan untuk merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar serta meningkatkan penglibatan pelanggan menerusi pakej yang ditawarkan.

IKLAN