Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
astro go

Astro GO Kini Bolehkan Anda Muat Turun Rancangan Kegemaran

Diterbitkan November 11, 2020 · Dikemas kini November 11, 2020 oleh Amsyar Latif

Buat pelanggan setia Astro, anda kini boleh memuat turun rancangan kegemaran di aplikasi Astro GO dan tonton di luar talian pada bila-bila masa sahaja.

Fungsi muat turun ini tersedia untuk peranti iOS, Android dan juga Huawei. Kemas kini terbaru ini akan dilepaskan secara berperingkat kepada pengguna.

Dengan fungsi baharu ini, lebih 85% daripada semua kandungan pada aplikasi boleh dimuat turun dan dinikmati di luar talian oleh pelanggan.

astro go

Antara rancangan yang boleh dimuat turun termasuk The Masked Singer, Running Man, Suspicious Partner, Penthouse serta filem dari Astro Best dan Astro First.

Anda hanya perlu pilih rancangan yang diinginkan dan klik pada “muat turun”. Anda juga boleh memilih kualiti muat turun serta tiada had yang ditetapkan.

astro go

Bagi rancangan yang telah dimuat turun, ia boleh didapati melalui “My Library” dalam aplikasi Astro GO.

Filem yang telah dimuat turun akan kekal dalam peranti sehingga 2 hari, sementara rancangan bersiri pula akan kekal sehingga 7 hari. Ia bertujuan bagi memberikan anda ruang storan untuk memuat turun rancangan yang seterusnya.

Muat turun aplikasi Astro Go boleh dilakukan melalui di Google Play, App Store dan Huawei App Gallery.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
©2026 WISER.MY