Astro Dan Maxis Tawar Pakej Kandungan 300Mbps, 500Mbps dan 800Mbps Serendah RM 189 Sebulan

Astro kini menawarkan tiga pakej kandungan tambahan baru yang dilengkapi dengan kelajuan jalur lebar 300Mbps, 500Mbps dan 800Mbps. Pakej ini merupakan kerjasama antara Astro dan Maxis Home Fibre bagi memenuhi keperluan pelanggan yang menginginkan sambungan jalur lebar berkelajuan lebih tinggi.

Pakej kandungan Astro yang bermula serendah RM 39.95 sebulan digabungkan dengan kelajuan baru ini dari Maxis Home Fiber. 500Mbps dan 800Mbps dipasangkan dengan dua peranti Wi-Fi untuk liputan yang lebih baik di rumah.

Bagi pelanggan yang sedia ada, Astro menawarkan insentif khas jika pelanggan ingin mendaftar untuk pakej jalur lebar bersama dengan langganan Astro mereka. Selain itu, para pelanggan juga dapat menikmati pengalaman Ultra secara percuma. Ciri-ciri kotak Ultra termasuk 4K UHD, rakaman awan dan antara muka pengguna yang lebih mesra.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Astro Broadband mengenai tawaran yang disediakan.