Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
astro

Astro Bakal Kemaskini Nombor Saluran Mulai 1 April Ini

Diterbitkan Mac 30, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Terbaru, Astro bakal menyusun semula senarai nombor saluran di kesemua rangkaian platform termasuk Astro Go dan NJOI. Kemaskini tersebut akan dilakukan bermula 1 April ini. Ia bertujuan untuk memberikan pengalaman menonton kepada para pelanggan ke arah yang lebih baik.

Lebih 100 buah saluran dalam definisi tinggi (HD) akan disusun di kedudukan yang lebih awal untuk akses yang lebih mudah dan cepat. Langkah mudah untuk mencari saluran HD/SD yang sama iaitu dengan hanya merujuk kepada nombor saluran HD tersebut dan menambah angka 20. Contoh adalah seperti berikut :

  • Astro RIA HD kini berada di saluran 104, manakala Astro RIA di saluran 124 (104+20 daripada Astro RIA HD)
  • HBO HD kini berada di saluran 411, manakala HBO di saluran 431 (411+20 daripada HBO HD)

astro

Para pelanggan juga boleh mendapatkan senarai penuh kedudukan nombor saluran baru menerusi tiga cara di bawah :

  1. WhatsApp – WhatsApp ‘Hi’ ke +603 9543 3838 dan pilih menu untuk nombor saluran baru
  2. Layari laman sesawang Astro
  3. Saluran 100 – senarai penuh nombor saluran baru boleh didapati di saluran ini

Penyusunan semula kesemua nombor rangkaian saluran ini tidak akan memberi kesan kepada pengalaman menonton. Para pelanggan boleh terus menikmati rakaman program kegemaran masing-masing tanpa sebarang gangguan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY