Astro Bakal Hadapi Saingan Daripada Pengendali Televisyen Bersatelit Baru

All-Asia Satellite Television and Radio Operator atau lebih popular dikenali sebagai Astro merupakan penyedia perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio berbayar pertama di Malaysia dan telah melebarkan sayapnya ke beberapa buah negara jiran seperti Indonesia dan juga Brunei.

Tetapi monopoli syarikat itu dalam pasaran TV satelit di Malaysia dikatakan bakal berakhir dengan kemunculan satu syarikat baru, Ansa Broadcast, sepertimana yang dilaporkan oleh Hong Leong Investment Bank.

Ansa Broadcast Sdn Bhd adalah salah satu syarikat dibawah naungan Berjaya Group yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan dan dahulunya lebih dikenali sebagai U-Television.

Difahamkan, syarikat itu masih dalam peringkat mempertimbangkan sama ada mahu memajak jalur lebar daripada penyedia servis itu atapun melancarkan satelitnya sendiri.

Hal ini boleh dianggap sebagai satu berita gembira bagi rakyat Malaysia kerana rata-rata dari kita mencari alternatif lain untuk menonton rancangan TV selain daripada melanggan perkhidmatan Astro.

Sumber: The Star